SHAH ALAM: Kompleks PKNS Shah Alam berusia 47 tahun, Pusat beli-belah SACC dan Pusat Konvensyen SACC di Seksyen 14 ibu negeri Selangor, akan dirobohkan untuk dibangunkan semula menerusi projek Dataran PKNS bernilai RM2 bilion.
Sejak sebulan lalu, penduduk Shah Alam sudah menyaksikan perubahan pada tempat letak kereta Pusat beli-belah SACC yang dikecilkan dan dijadikan laluan menghala ke bangunan UTC.
Difahamkan satu kajian Penilaian Impak Sosial dan program Perbincangan Kumpulan Fokus bersama wakil penduduk akan diadakan pada 23 Mac ini di bilik mesyuarat utama Masjid Sultan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Program tersebut bertujuan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai serta peluang PKNS memberi taklimat mengenai projek Dataran PKNS.
Berita `Kompleks PKNS bakal dirobohkan’ tular sejak beberapa hari lalu tetapi difahamkan rancangan pembangunan semula kawasan tersebut sudah ada sejak tahun 2001.
Malah, model bangunan yang bakal didirikan di tapak Kompleks PKNS juga sudah lama dipamerkan di lobi pejabat PKNS. Maka untuk mengatakan ia adalah projek `baru dan mendadak’ adalah tidak tepat.
Kompleks PKNS dibina pada 1977 untuk menempatkan operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan bagi negeri Selangor.
Pada satu ketika Kompleks PKNS Shah Alam malah menempatkan ibu pejabat kerajaan negeri Selangor.
Ini adalah sementara mereka menunggu siapnya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Projek Dataran PKNS adalah sebahagian daripada pelan pemulihan bandar yang lebih besar untuk Shah Alam, memfokuskan kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD) dan Konsep Bandar Pintar.
Pembangunan itu termasuk menaik taraf pusat beli-belah dan SACC Walk, bertujuan untuk mengubah Shah Alam menjadi bandar karbon bersih-sifar.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata projek itu bertujuan menaik taraf bangunan menggunakan sistem air sejuk berpusat.
“Projek itu dijangka mengambil masa beberapa tahun dan kami berharap dapat menyiapkan lebih 90 peratus menjelang 2028,” katanya dalam laporan berita. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 18 2024
Model pembangunan semula Kompleks PKNS dinamakan Dataran PKNS dipamerkan di lobi pejabat PKNS. - Foto DagangNews
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
Peremajaan bandar di Shah Alam mula dilaksana suku ketiga 2024
Projek peremajaan itu adalah seiring dengan usaha pihaknya dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebagai bandar raya sifar karbon.
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.
Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.
10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam dilaporkan terkorban.
Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.
Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
Mayat warga lelaki Indonesia dalam but kereta, tujuh lagi ditahan
Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 mencetuskan suasana gempar.